Online Safety Challenge & Tricky Puzzle

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan aktiviti yang memberi berfokuskan kepada e-pembelajaran dengan menggunakan sumber terbuka yang terdapat di internet. Pada kali ini, peserta dibawa untuk bermain kuiz yang telah disediakan oleh penyelia melalui platform kahoot.com. Antara intipati kuiz adalah berkisar kempen kesedaran klik dengan bijak dengan menyentuh isu berkaitan buli siber, jenayah siber, keselamatan penggunaan internet dan pengurusan risiko dalam talian. Manakala untuk kategori ICT pula, kuiz banyak berkisar kepada asas komponen komputer, asas miscrosoft office dan cara mengoperasikan komputer. Selain itu, peserta juga dibawa untuk menjawab kuiz berkaitan pengenalan kepada Pusat Internet dan fungsinya kepada masyarakat setempat dengan memberi penekanan kepada objektif, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Untuk aktiviti selingan, peserta dibawa untuk bermain “tricky puzzle” di laman web jigsawplanet.com untuk memupuk kemahiran berfikir secara kreatif peserta.

Antara kebaikan/kelebihan kelas adalah;
• Mengasah kemahiran berfikir dengan cepat dan kreatif untuk menyelesaikan tricky puzzle sesuai dengan gambar
• Memberi pendedahan kepada peranan dan fungsi Pusat Internet kepada peserta
• Berkongsi kempen kesedaran Klik dengan Bijak secara kreatif dan berkesan
• Melatih peserta untuk berfikir dengan cepat melalui kuiz ICT tanpa perlu melihat dan mengoperasikan sesebuah komputer

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali